Assalamualaikum . .
dalam kesyahduan malam yang sunyi lagi sepi dan bosan ' kedengaran kencang bunyi stesen radio Cengkerik FM yang menjadi radio rasmi menghiburkan aku dimalam hari yang sunyi lagi sepi dan bosan ini .
err macam ulang-ulang je ayat ? okeh cukuplah tuh . sebenarnya , bab pendahuluan nih memang aku fail sikit ' tak tahu nak mula dari mana , hewhew .
dalam sibuk sedang aku mengusha newfeeds di Facebook tengok kalau-kalau ada awek-awek yang perlukan perhatian daripada seorang lelaki seperti aku ' tiba-tiba ! kedengaran suara seorang perempuan seakan-akan mengilai-gilai . err ' sambil melihat jam ditangan yang baru menunjukkan pukul 9 malam .
dalam hati aku "jam macam gini hantu-hantu semua belum check in masuk kerja lagi" okeh selamat . lantas dengan konfiden aku bangun dan keluar dari bilik untuk cuba melihat apakah sebenarnya . dann
dalam hati aku "jam macam gini hantu-hantu semua belum check in masuk kerja lagi" okeh selamat . lantas dengan konfiden aku bangun dan keluar dari bilik untuk cuba melihat apakah sebenarnya . dann
mak aku rupanya yang tertidur diatas sofa dan mengigau ' err . okeh . sejak kebelakangan ini ' mak aku selalu mengigau . bila ditanya "Mak mimpi hape ?" dia cakap mimpi kena kejar . ohh so takut you .
cerita pasal mengigau nih ' dulu masa kekecik aku selalu tidur dan mengigau . tipulah kan kalau kau orang tak pernah mengigau disepanjang hayat korang ' mesti pernah punya . ataupun korang tak tahu . sebab mengigau nih kan perlakuan yang kita lakukan tanpa kita sedar . ehh yeke ? entah . aku hentam je .
mak pernah cerita ' dulu aku selalu bercakap masa tidur . kadang-kadang tuh aku berjalan dan melakukan perbuatan yang agak pelik sambil mata tertutup ' selalu bila da nak masuk waktu maghrib .
biasalah budak-budak . petang da penat main balik rumah membongkang . bila dikejut suruh mandi ' kadang-kadang tuh aku akan bangun dan pergi ke hujung bilik ' sambil buat gaya tengah mandi . mengekek ngekek mak aku ketawa cerita tengok aku .
"aku ketawa je dengar orang tua nih bercerita ' dalam hati da malu da , yall -.-"
.
.
.
tapi kes yang paling teruk dalam sejarah aku mengigau nih ' yang aku ingat sampai sekarang . dulu masa aku darjah lima , masatuh aku baru balik daripada sekolah agama . lebih kurang dalam pukul 3 lebih ' paras kesihatan aku agak tak berapa nak baik ' aku demam . sebab tuh dapat balik awal . kalau tak jenuh nak tunggu pukul 6 . sampai je rumah ' subjek utama aku adalah tidur .
tanpa berfikir panjang ' aku menanggalkan baju sekolah kerana cuaca agak panas . kipas buka kasi full 4 ' tapi kipas dalam bilik aku tuh cuma ade 3 je volume yang paling laju , so aku pasang 3 sahaja . dan aku pun tidur dengan damai .
dalam tidur aku tuh ' aku takde mimpi Lisa Surihani ' mahupun Neelofa . sebab masatuh diorang pun siapa ? aku tak kenal . cuma makin lama aku rasa makin sejuk ' rasa angin menghembus laju ke arah aku . macam duduk dekat tepi pantai ' aku cuba nak buka mata tapi tak boleh . dalam beberapa saat alangkah terkejutnya aku bila sahaja aku buka mata . aku berada ditepi jalanraya . omaiiibapakk
masatuh aku da tak boleh nak fikir hape da ' dengan malunya lagi orang sekeliling tengok . yang tak boleh belah ' aku berjalan sambil tidak berbaju dan berselipar ' err . masatuh ngam-ngam aku sampai dekat depan rumah imam kampung yang terletak hampir 100 meter dari rumah aku . jauh gilaa !
nasib baiklah tok imam tak nampak aku ketika itu ' kang tak pasal-pasal dia ingat aku kena sampuk .
buta-buta je aku kena azan dekat situh . erhh .
buta-buta je aku kena azan dekat situh . erhh .
nak cover malu punya pasal ' aku buat-buat seakan akan aku tengah jogging . kononnya aku tengah panas ' slow-slow aku u turn dan berlari-lari anak menuju kerumah . makcik yang tengah siram pokok bunga dekat depan rumah sambil mulut miming lagu isabella da lain macam jeh tengok aku ' "baju dekat rumah budak nih basah semua ke hape ?" mungkin dalam hatinya berkata , bergossip sendiri .
"haa panasnya harinih , best juga dapat jogging petang-petang macam nih" ayat cover malu ' aku cakap kuat-kuat . sambil jejeling kiri kanan ' terus lincah-lincah aku lari balik kerumah ' haha .
sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa itu . family aku pun tak pernah tahu ' tapi bila difikir-fikirkan balik , macam mana aku boleh berjalan ditepi jalan ' dan bukan ditengah jalan ? err (bunyi cengkerik)
.
.
tapi itu enam , tujuh tahun punya cerita ' now ? saya da tak mengigau lagi da ' hewhew .
.
.
tapi itu enam , tujuh tahun punya cerita ' now ? saya da tak mengigau lagi da ' hewhew .
"okeh cukuplah tuh ketawakan aku ' sini share cerita mengigau kau orang pulak 'aku nak gelakkan"

Tidur Dan Mengigau


